salji

Thursday 11 August 2011

5 bonus khas Ramadan


Tahukah anda semua...apa itu 5 bonus khas Ramadan??...
5 bonus khas Ramadan inii...hanya dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada umat2 Nabi Muhammad s.a.w sahajaa...betapa beruntungnyaa kita kan!..=)


jom baca kt bawah nii..=)

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:" Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu:


Bonus 1: Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah s.w.t


Bonus 2: Para malaikat beristighfar untuk mereka yang berpuasa sehingga mereka berbuka.


Bonus 3: Allah memperindahkan syurgaNya setiap hari dan berfirman : " Hampir-hampir hamba-hambaKu yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu."
( Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat)


Bonus 4:  Syaitan-syaitan dibelenggu , tidak dibiarkan lepas seperti bulan-bulan selain Ramadhan


Bonus 5: Mereka akan mendapat kemapunan pada akhir Ramadhan ( orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengejarkannya ). Mengenai bonus kelima ini, ada sahabat yang bertanya kepada Baginda s.a.w: "Ya Rasulluah, adakah ini berlaku pada malam Lailatulqadar?:" Bukan,tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalanya." ( Riwayat Ahmad)



No comments:

Post a Comment

sila lah wat cucoq kat cniii!...heee
lagii banyak pon taperr...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...