salji

Sunday 24 July 2011

Cara - Cara Solat Istihkarah

Waktu Solat Istikharah
Sebelum ini juga ada menyatakan masa solat istikharah ini pada bila-bila masa sahaja kerana solat istikharah ini tidak ditetapkan hanya waktu tertentu sahaja. Waktu yang terbaik melakukannya adalah pada 2/3 malam iaitu sekitar jam 2  pagi atau 3 pagi. Ini kerana ketika ini, selain semua orang sudah melelapkan mata di buai mimpi, tambahan pula keadaan sekeliling sudah pun mulai tenang, kita boleh memberi konsentrasi dalam mengerjakan solat sunat istiharah ini.

Niat Solat Istikharah


Niatnya Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala


Bacaan Rakaat Pertama
Surah Al-Fatihah
Surah Al-Kafirun (atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik)

Bacaan Rakaat Kedua
Surah Al-Fatihah
Surah Al-Ikhlas (atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik)



Sesudah selesai solat istiharah, berselawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
Berzikir dan bertahmid mengikut kemampuan diri.

Doa Solat Istikharah



Bermaksud:

“Ya Allah, aku memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kekuasaanMu juga aku memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan aku tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusanku ini……..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikalau di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.”



Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”

Semoga Allah memberkati usaha dan doa kita. Insyaallah ~

sumber : Aku Adalah Aku

No comments:

Post a Comment

sila lah wat cucoq kat cniii!...heee
lagii banyak pon taperr...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...