salji

Monday 12 September 2011

~Disihir Guna Gambar Dalam Fb!!..~

Assalamualaikum...ngah best2  lepak kat umah Angah CB tadii...ttba anak sedare CB bagii satuu paper...suh baca muka depann diaa ainii...
perghhhh agak terkejut jgak3 laaa!...takot pon adaa...seramm pon adaa!!..hohoo
nak taww takk title diaa apaaaaa!!...kompem laa korang daa taw kann!..hehee
so..jom laaa baca entri kat bawah nii!..=)

IRA (tengah) ditemu bual oleh wartawan Kosmo!, Suhana Md. Yusop sambil 

diperhatikan oleh Shamsuri Shafie di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan kelmarin.   


NILAI - Disihir menggunakan gambar yang terdapat dalam laman sosial Facebook (FB).
Itu yang didakwa berlaku kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira apabila gambar dari laman sosialnya dijadikan sebagai senjata pemujaan sihir.
Ira, 22, mendakwa, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka.
"Maria adalah bekas teman wanita kekasih saya tetapi hubungan mereka telah lama putus. Sebab itu dia menyihir saya kerana ingin melihat hubungan kami hancur.
"Kami tidak mengenali antara satu sama lain.
"Dia hadir menghulurkan tangan sebagai rakan dan saya sambut kerana ingat dia jujur namun sebaliknya," dakwanya ketika ditemui baru-baru ini.
Jelas Ira lagi, dia mengetahui disihir oleh Maria melalui sekeping gambar setelah menerima rawatan daripada penaung Pusat Rawatan Islam At Tobibi di Bandar Baru Nilai, Shamsuri Safie pada Jun lalu.
Menurutnya, semasa rawatan, dia mendapati gambar mata Maria seolah-olah bersinar setiap kali dia merenungnya.
Ketika itu, dia merasakan Maria terlalu baik dan dia menurut segala kemahuannya termasuk berhenti kerja.
"Bagaimanapun setelah berubat, baru saya tahu bahawa saya bukan sahaja terkena sihir tetapi disantau oleh Maria,'' ceritanya.
Menurutnya, Shamsuri memberitahunya bahawa Maria telah meletakkan abu mayat di dalam makanannya.
p/s:ekcelii Ira nii bukan disihir oleh seorang individu jerk yaitu maria!..tapi telah disihir oleh 2 orang individu!!..dipercayai BFnyaa juga telah menyihir Ira untuk memikat hatinyaa dgan mggunakan pic dalam fb!.subhanallah..setelah dia disihir, Ira sering kali terserempak dgan lembaga hitam dan sering terdengar bunyi loceng di bawah katil..Ira juga selalu teringat-ingat akan bf nyaa dan selalu berkunjung ke rumah family bfnyaa..melebihi family sndrii!..huhu serammm beb!!..so pasnii sapa2 yg daa acc fb tuu!..tunggu perr lagii...jomlaa sama2 hide pic kiteww!..semoga Allah melindungi diri kita dari perkara2 tersebut! minta dijauhkan..amin!..=)

sumber : kosmo + harian metro



No comments:

Post a Comment

sila lah wat cucoq kat cniii!...heee
lagii banyak pon taperr...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...